HyperSmash Subscribe in a reader

Jenis-Jenis Malware

 

7529794-a-computer-virus-crashes-and-breaks-a-laptop-or-netbook-to-pieces

Apa itu malware? definisi malware? entri ini akan mengupas lebih lanjut berkenaan dengan terma yang selalu digunakan pada masa kini..

Malware

Malware telah menjadi masalah semua orang yang menggunakan komputer bagi sepanjang zaman.Malware adalah kata singkatan dari Malicious Software (perisian yang berbahaya).
Sebuah Malware pada dasarnya adalah sebuah program yang direka khas untuk menjangkiti sebuah sistem komputer tanpa pemiliknya diberitahu terlebih dahulu.

Jenis Malware

Malware ada dalam berbagai bentuk. Jenis disebutkan di bawah ini adalah beberapa jenis malware yang paling umum.

1. Trojan HorseVirus Trojan atau Trojan Horse adalah salah satu jenis yang paling umum dari malware. Trojan banyak digunakan untuk mengendalikan komputer mangsa, berbanding dengan menjangkiti atau merosakkan fail-fail di komputernya. Sebuah Trojan horse, sekali dipasang ke dalam komputer mangsa akan dapat memberikan penggodam akses penuh ke komputer anda. Trojan adalah salah satu bentuk yang paling berbahaya dari malware.

2. Virus KomputerVirus komputer adalah program berbahaya yang sebahagian besarnya dikembangkan untuk menjangkiti komputer, setelah menginfeksi komputer itu ia akan membuat ulangan atau menyalinkan dirinya sendiri. Virus adalah seperti parasit dan memerlukan perumah (host) lain untuk melampirkan dirinya bagi menjangkiti komputer.

3. WormsWorms atau cecacing adalah hampir serupa dengan virus komputer cuma satu-satunya perbezaan jika hendak dibandingkan dengan virus komputer ialah ia tidak memerlukan perumah lain untuk melampirkan dirinya bagi menjangkiti komputer. Sekali worm menginfeksi komputer itu ia akan melakukan ulangan dan menyalin dirinya itu sendiri. Cecacing komputer adalah ancaman utama untuk rangkaian besar.

4. Keylogger – Sebuah Keylogger merupakan sebuah peranti keras atau perisian yang memantau setiap keystroke (keyboard stroke), screen shot, chatting dan lain-lain yang ditaip di komputer. Sebuah program keylogger tidak memerlukan akses fizikal ke komputer pengguna. Setiap orang dengan pengetahuan dasar/asas tentang komputer boleh menggunakan keylogger.

5. RAT – RAT adalah kependekan daripada “Remote Administration Tool” dan memang salah satu jenis yang paling berbahaya dari malware. Ia sangat serupa dengan Trojan. Setelah RAT dipasang pada komputer, penyerang dapat melakukan hampir apapun pada komputer remote seperti memasang keylogger, mematikan komputer, menginfeksi file dan lain-lain.

6. Adware – Adware adalah kata singkatan dari Advertisement-supported software (perisian sokongan iklan). Adware umumnya direka untuk memaparkan iklan pada komputer anda. Namun beberapa adware ini mungkin mengandungi virus berbahaya dan program pengintip (Spy software @ spyware) yang boleh membawa sistem komputer anda kepada kemusnahan.

Jadi ini adalah dari jenis yang paling umum untuk malware. Diharap korang semua akan mengambil inisiatif untuk berjaga-jaga terhadap serangan malware dengan menggunakan Antivirus yang paling terbaru.

Cara Mematikan Autorun

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia kepasa semua teman-teman. Rasanya agak lama aku tak update blog ni. Aku agak busy kebelakangan ni sebab baru setup bisnes repair laptop. So blog ni agak terabai buat sementara waktu. Jadi hari ni aku cuba luangkan masa dan start update blog sekerap mungkin.

Hari ni aku ada satu tutorial bagaimana nak matikan Autorun dalam pc atau laptop korang. Ada segelintir dari kita tak kisah pun autorun ni jalan dan ada yang rasa menyakitkan hati bila cucuk pendrive atau external hardisk autorun berjalan sendiri tanpa disuruh. Jadi aku ambik kesempatan yang ada ni nak bagi sikit tutorial cara mematikan autorun.

Autorun

Cara Pertama
1. mula-mula buka My Computer
2. Klik pada Tools kemudian pada Folder Options…
3. kemudian klik pada tab View dan
Pilih Show hidden files and folders
Buang tick pada Hide protected operating system files (Recommended)
Klik Ok
4. Kemudian, Klik-Kanan pada Pendrive anda dan klik Open
5. Klik-kanan pada fail autorun.inf dan pilih Delete
Itu saja. Tanggalkan pendrive anda dan pasang kembali InsyaAllah dah okey.

Cara Kedua
Kadang-kadang fungsi Open pada langkah ke-4 Cara Pertama juga tidak boleh digunakan, kerana telah diambil alih oleh trojan/virus terbabit. Jadi sila lakukan begini:
1. Jalankan arahan command line pada Windows anda dengan menaip CMD pada Run…
1. Klik START , Run…
2. Isikan CMD dan tekan ENTER
2. Bila keluar kekotak CMD tersebut, lakukan begini,
1. Taipkan J: dan ENTER (jika huruf pemacu (drive letter) pendrive adalah J:. Gantikan dengan J dengan huruf pemacu korang.
2. kemudian taip attrib autorun.inf -h -s -r dan ENTER
3. kemudian taip del autorun.inf dan ENTER
4. Taip exit dan ENTER
3. Tanggalkan pendrive korang seketika kemudian pasangkan kembali.

Kedua-dua cara di atas boleh juga digunakan kepada hard drive korang, cuma korang kena restart komputer untuk menghilangkan kesan autorun tersebut, tak sama seperti pendrive kerana pendrive adalah removable storage.

Tetapi kadang-kadang prosedur di atas tidak boleh dilakukan, jika PC tersebut juga telah dijangkiti oleh virus, trojan atau lain-lain yang menyahakses kepada
• Folder options
• Task Manager
• Regedit
• Command Line (CMD, Command.com)
Anda perlulah menyelesaikan masalah ini dulu.

Ok aku harap tutorial aku ni dapat membantu korang menyelesaikan masalah autorun dalam laptop atau pc korang. Semoga korang ceria selalu.

 

 

Video Jamal Abdillah – Seniman Menangis

Assalamualaikum semua. Video ni sengaja aku post sebab aku betul-betul tertarik dengan vocal Jamal Abdillah. Legend Pop Malaysia.

 

 

Rahsia Yang Ada Dalam Windows

Hai korang semua. Aku rasa tak payah mukadimah panjang sangat bulan-bulan puasa ni. Kering tekak nanti. Korang tahu tak dalam Windows ada program yang tersembunyi ianya akan terbuka jika anda membukanya melalui command RUN? Hah mesti ada yang tak tahu kan? Aku pun ingat-ingat lupa tapi boleh la nak bagi tips kat korang sikit-sikit. Jom terus menjelajah ke dalam Windows. TOP SECRET.

radiomalaya windows

Cara buka command RUN tekan pada logo windows pada keyboard dan tekan huruf R. Read more

Harus Terpisah – Cakra Khan Chord

 

[intro] D A Bm F# G F#m E Em A

Bm   A    G         A    F#m         Bm
Sendiri sendiri ku diam, diam dan merenung
Em             E          Bm     A
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
G                  F#m      Bm
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Em            G     F#m     Bm        Em
Darimu yang mulai berhenti, berhenti mencoba
Gm        D       Bm     Em           A
Mencoba bertahan bertahan untuk terus bersamaku Read more